Kenali Penulis

Hamba ALLAH, Pendaki Mahligai Makrifat, Tentera ALLAH yang menyampaikan peringatan ALLAH dengan hak.

Demi ALLAH yang memegang jiwa ini, segala yang dibicarakan di sini hanya sekadar menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH sahaja.

Sunday, January 17, 2016

Islam Hanya Pada Lidah Atau Pada Hati?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Quran ; Surah Az-Zariyyat : ayat 56)

Diri kongsikan di sini sesuatu yang boleh mencelikkan mata dan membuka minda kalian semua. Video di bawah adalah mengenai dakwah yang dilakukan oleh Jin Islam yang memasuki tubuh seorang manusia. Dia hanya menyentuh tentang perkara asas dalam agama sahaja. Kelihatan remeh bagi kebanyakan kita, tetapi sebenarnya sangat berat pada pandangan Allah.



Antara isu yang disentuh :

  • Adakah kita beragama Islam hanya kerana faktor keturunan atau benar-benar dengan kehendak hati kita sendiri?
  • Manusia itu tidak sempurna, kesempurnaan hanyalah milik Allah.
  • Manusia itu tidak perlu digoda Jin dan Syaitan kerana sudah melencong sendiri.
  • Syaitan megah/bersenang-lenang/goyang kaki kerana manusia yang mencari Syaitan, bukannya Syaitan yang mencari manusia.
  • Kita mendirikan solat, tetapi adakah solat kita sudah sempurna?
  • Di awal permulaan solat iaitu ketika bacaan Doa Iftitah, kita akan mengungkapkan kalimah "Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi Rabbil a'lamiin" (Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan semesta alam). Tetapi cuba ada yang meminta harta dunia kita, adakah kita sanggup untuk melepaskannya? Jika masih mengutamakan hal dunia, bererti kita tidak mengutamakan Tuhan, padahal kita sudah berjanji melalui ayat tersebut.
  • Dakwah yang sebenar adalah melalui bicara dan tingkah laku yang baik.
  • Doa yang dimakbulkan Tuhan adalah doa orang yang teraniaya dan doa orang yang bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Jika manusia berhenti berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, doanya akan ditolak.
  • Jika manusia ingin selamat (dunia dan akhirat) dan dimakbulkan kesemua keinginannya, dekatilah Allah.
  • Jangan tinggalkan solat fardhu lima waktu.
  • Pelajari syahadah dengan benar, biar faham, jangan menjadi saksi palsu.
  • Benar-benar memahami makna surah di dalam Al-Quran. Jika tidak berdaya untuk memahami kesemuanya, fahami makna Surah Al-Fatihah pun tidak mengapa, itu lebih baik.
  • Alhamdulillahi Rabbil a'lamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam). Jika manusia ingin dipuji dan disanjung, itu masih belum menjadi hamba Tuhan kerana itu bererti manusia itu mempunyai sifat riak.
  • Pelajari Al-Quran jika ingin mengetahui rahsia alam semesta.

Tonton video untuk keterangan yang lebih jelas.

Di bawah ini pula video Jin Islam yang memasuki tubuh manusia diam menghormati azan sewaktu azan berkumandang dari masjid berdekatan. Setiap bait azan dihayati dengan sebenar-benar penghayatan. Itu baru azan. Belum masuk bab solat. 


Renung-renungkan.

Menyembunyikan Sedekah Atau Menampakkannya?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 264)

Jika kamu menzahirkan sedekahmu (supaya dicontohi orang lain), maka itu adalah baik sekali. Tetapi jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 271)

Kalian boleh buka link di bawah untuk penerangan yang lebih jelas. Cuma ingin diri nyatakan di sini, kadang kala menzahirkan (menampakkan) sedekah boleh membuatkan niat sebenar sedekah itu teralih. Sedekah sepatutnya mendidik hati supaya menjadi ikhlas, bukan sebaliknya. Redha yang perlu dicari dan diutamakan adalah redha Allah. Allah yang menyempitkan dan melapangkan rezeki kalian. Berbagai-bagai ganjaran sudah Allah tawarkan di dalam Al-Quran. Tidak yakinkah kalian dengan janji Tuhan?

Baca : 

Tiada Istilah Allah Belum Beri Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bayangkan kalian berada di satu persimpangan. Kalian perlu memilih antara laluan kanan atau laluan kiri. Jika Allah mendapati kalian tercari-cari jalan yang benar, akan didorongkanNya kalian supaya memilih laluan kanan. Jika tidak, sesatlah kalian dengan laluan kiri.

Hidayah pula ibarat satu laluan di sepanjang lereng bukit dengan gaung yang sangat curam di sebelahnya. Bayangkan kalian sebagai pemandu yang perlu melalui jalan tersebut. Selagi kalian berada di laluan yang betul, insya Allah kalian akan selamat tiba ke destinasi. Tetapi jika kalian sendiri yang tidak mahu mengikut laluan yang diberi, kalian lebih rela terjun gaung, apa kalian masih mahu menyalahkan Yang Maha Memberi?

Orang yang memberi alasan hidayah belum sampai atau Allah belum beri hidayah kepadanya adalah orang yang berbuat dusta kepada Allah.

...tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui siapakah yang MAHU mendapat hidayah petunjuk.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 56)

Amaran Allah Untuk Orang Yang Engkar

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Ketahuilah kalian, kemurkaan Allah itu lebih besar dari azab seksaNya. Kembali bertaubat kepadaNya sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan sememangnya manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
(Quran ; Surah Al-Kahfi : ayat 54)

(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). Sangat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci hati setiap orang yang sombong takbur dan memperlakukan sesuka hati mereka.
(Quran ; Surah Ghaafir : ayat 35)

Orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan, lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 25)

Maka Allah menimpakan kepada mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan).
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 26)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Inilah orang-orang yang berbuat dusta terhadap Tuhan mereka". Ingatlah! Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.
(Quran ; Surah Hud : ayat 18)

(Iaitu) orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat; 
(Quran ; Surah Hud : ayat 19)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa disebabkan mereka berlaku fasik.
(Quran ; Surah Al-An'aam : ayat 49)

Khabar Gembira Untuk Orang Beriman

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Terlalu banyak janji-janji Allah untuk kalian. Ini baru sebahagian kecil daripadanya. Tuhanku Maha Penyantun. Allah sering menggambarkan keindahan Syurga yang bakal kalian terima. Sedangkan satu-satunya ganjaran yang tidak terhitung nikmatnya adalah menatap wajahNya di Syurga.

Dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 17)

(Iaitu) mereka yang mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka mengikut apa yang paling baik di antaranya (dari segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 18)

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 33)

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 34)

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 35)

Hidup Bersederhana Dengan Nikmat Kemewahan Yang Allah Beri

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Allah juga menegur golongan yang diberi nikmat kemewahan dengan harta yang melimpah-ruah. Jutawan-jutawan Malaysia yang dimaksudkan oleh Allah, diri tidak mengenali siapa sebenarnya kalian dan apakah gaya hidup kalian. Hanya kalian dan Allah sahaja yang tahu. Berulang kali Allah menunjukkan ayat-ayat ini. Allah gemar memberi perumpamaan dan pengajaran dari kisah orang terdahulu, dan hanya orang yang berakal sahaja akan mengerti. Baca dengan mata hati, Insya Allah, Allah akan mudahkan kalian untuk fahami.

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (menjadikan) Syaitan itu sebagai temannya, maka (ketahuilah) seburuk-buruk teman itu adalah syaitan. 
(Quran ; Surah An-Nisaa' : ayat 38)

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan keadaan mereka.
(Quran ; Surah An-Nisaa' : ayat 39)

Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri." 
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 76)

"Dan carilah pahala (untuk hari akhirat) dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, tetapi janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 77)

Negeri akhirat itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 84)

Berkasih Sayang Sesama Manusia Termasuk Orang Bukan Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Beza kalian dengan orang bukan Islam adalah kebanyakan kalian dilahirkan dalam keluarga Islam dan dari awal lagi kalian sudah didedahkan dengan Islam, tetapi tidak bagi mereka. Sungguh orang Melayu di Malaysia sangat beruntung dalam hal ini namun masih ada yang mensia-siakan peluang yang Allah beri. Itulah orang-orang yang rugi.

Orang bukan Islam yang langsung tiada pengetahuan tentang bagaimanakah agama Islam yang sebenarnya akan menilai Islam melalui kalian. Kalian ibarat duta agama Islam bagi mereka. Tetapi sayang, lebih banyak keburukan yang kalian pamerkan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam itu sendiri. "Adakah engkau mendekatkan Aku kepada hamba-hambaKu atau engkau membuatkan mereka makin jauh dariKu?" Mahukah kalian disoal Allah dengan soalan ini di akhirat nanti?

Kalian juga tiada hak untuk memandang mereka dengan pandangan yang serong seolah-olah kalian pasti pengakhiran mereka di mana. Allah sahaja yang berhak menilai dan menghakimi hamba-hambaNya. Mereka juga merupakan hamba Allah, makhluk ciptaanNya. Bukannya kalian sahaja.

Jika ada orang bukan Islam yang sedang membaca di halaman ini, ingin diri khabarkan kepada kalian, Tuhan kita adalah Maha Baik dan Dia tidak akan menzalimi hamba-hambaNya walau sedikit pun. Jika kalian selidik, kalian akan mendapati kitab-kitab suci asal untuk agama-agama terbesar di seluruh dunia menyebut tentang penyembahan Tuhan yang Satu. Hanya ada satu Tuhan. Tetapi agama manakah yang paling jelas keteranganNya? Siapakah Tuhan yang sebenar-benarnya?

Begitu juga tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang diutuskan Tuhan untuk seluruh umat manusia yang ada disebut di dalam kitab-kitab suci asal agama-agama terbesar di seluruh dunia. Tentang bagaimana ramalan tersebut ada di dalam kitab suci agama lain, jawapannya jelas disebut di dalam Al-Quran. Satu fakta yang sukar untuk dinafikan.

Agama ini ibarat institusi pengajian tinggi. Jika kita ingin melanjutkan pelajaran ke sesuatu universiti, pasti kita akan memilih universiti yang terbaik di antara semua. Tugasan terbaik di universiti pastilah bersumberkan high impact journal, bukan sebaliknya. Selidikilah siapa Pencipta kalian. 

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya orang tua (nenek-moyang) kamilah yang mempersekutukan Allah sejak dahulu, sedang kami ini ialah keturunan yang datang sesudah mereka. Maka, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang yang sesat dahulu?"
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 173)

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 174)

Dan orang yang beriman serta beramal soleh pasti Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan.
(Quran : Surah Al-Ankabut : ayat 7)

Diri mempunyai sahabat bukan Islam dan tahun ini persahabatan kami memasuki usia yang ke 19 tahun. Dialah sahabat sejati, sahabat yang paling akrab, dan sangat mengenali diri ini. Untuk pengetahuan kalian, Allah tidak pernah melarang persahabatan tersebut, malah diselitkanNya petunjuk khas untuk sahabat tersebut di dalam Al-Quran.

Ada bezanya di antara orang Islam yang tidak beriman dengan orang Islam yang beriman, begitu juga dengan orang bukan Islam yang zalim dengan orang bukan Islam yang baik. Kalian perlu tahu bezakan. Sekalipun ada di antara mereka yang menzalimi kalian, jika hanya kata-kata keji yang diungkapkan, apalah salahnya jika kalian bersabar dan maafkan mereka. Benar, kalian ada hak untuk membela diri, tetapi jika kalian dapat bersabar, itu lebih mulia di sisi Allah. Kepada Allah jualah diserahkan segala urusan. Tiada siapa pun yang akan terlepas di Hari Pembalasan.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana dalam urusan agama, dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 8)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu dalam urusan agama, dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 9)

Dan berperanglah dalam (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah ke atas orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh (melampaui batas).
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 190)

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 192)

Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 193)

Taman Sosial Atau Laman Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Amat mengecewakan apabila melihat banyak di antara kalian yang menyalahgunakan laman sosial. Langsung tiada sebarang pengawasan atau penapisan dari pihak yang bertanggungjawab. Viral palsu atau fitnah semakin berleluasa seolah-olah ia perkara biasa. Kalian sudah tidak tahu membezakan di antara dosa dan pahala, juga jalan ke Syurga dan jalan ke Neraka.

Kalian membuka aib orang lain dan aib diri kalian sendiri. Kalian riak mempamerkan segala kemewahan yang Allah beri. Kalian menyalahgunakan kalimah Allah yang suci. Kalian menggunakan kalimah Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallah, Allahuakbar untuk kepentingan peribadi. Dan macam-macam lagi yang tidak sanggup diri sebut di sini.

Ingin diri berkongsi sesuatu. Tahukah kalian Allah Maha Cemburu? Tahukah kalian mata ini pernah dicucuk olehNya kerana dua malam berturut-turut diri ber'Muka Buku'? Tahukah kalian Allah menjauhkan semua kelalaian yang boleh membuatkan diri jauh dari Yang Satu? Sekarang kalian tahu.

Alhamdulillah masih ada pihak yang bersungguh-sungguh menegakkan amar makruf, nahi mungkar di laman sosial. Namun terlalu banyak perkara haram di laman sosial yang membuatkan Allah tidak sanggup membiarkan diri ini melihatnya. Sudah diunisntall app laman sosial tersebut semata-mata ingin mencapai redha Allah. Sekali-sekala sahaja dibuka untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja. Pendaki Mahligai Makrifat's Facebook Page pun sudah diri serahkan kepada sahabat perjuangan untuk dikawal selia.

Bagaimana pula dengan kalian semua? Masih mahu menutup mata?

Saturday, January 16, 2016

Banyaknya Amalan Bukanlah Kayu Ukur Dekatnya Kita Dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bagi kalian yang gemar menilai seseorang melalui sikit atau banyaknya amalan yang dilakukan oleh orang tersebut dan menilai seseorang melalui penampilan, ingin diri tanyakan kepada kalian.

  • Adakah kalian berada bersama orang tersebut 24 jam, setiap hari sepanjang hidupnya? 
  • Adakah kalian tahu apa yang ada di dalam hatinya?
  • Adakah kalian tahu bagaimanakah hubungannya dengan Allah? 
  • Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa dan hanya Allah yang Maha Mengetahui akan orang yang bertaqwa, adakah kalian ingin menyaingi Allah dalam menentukan siapakah orang yang bertaqwa?
  • Jika tidak, mengapa kalian masih berprasangka? 

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. 
(Quran ; Surah Al-Hujurat : ayat 12)

Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
(Quran ; Surah Al-A’raf : ayat 26)

Banyaknya amalan kalian bukanlah untuk dibangga-banggakan. Bagi Allah, meskipun seseorang itu berkelakuan baik,  tetapi jika dia tidak mempunyai walau satu pun amalan rahsia yang hanya Allah sahaja yang menjadi saksi dan tidak dipertontonkan amalan tersebut kepada manusia lain, maka dia termasuk dalam golongan yang buruk kelakuannya. Redha Allah lah yang perlu dicari, bukannya redha manusia.

Jangan kalian ibaratkan amal itu ibarat melontarkan bola jaring ke dalam golnya yang mana setiap lontaran yang tepat, 1 gol pasti kalian dapat. 
Tetapi kalian ibaratkanlah amal itu ibarat melontarkan bola bowling. Mata (markah) yang kalian akan peroleh bergantung kepada bilangan pin yang jatuh jika lontarannya tepat.
Persoalannya yakinkah kalian markah untuk setiap lontaran pasti tercatat?

Memiliki sifat memandang rendah kepada orang lain dan gemar membuat penilaian yang salah adalah mereka yang tunduk kepada hasutan Syaitan. Sentiasa bersangka baik dan jauhkan diri kalian daripada sifat-sifat tersebut. 

Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang menganggap dirinya suci? Padahal Allah jualah yang berhak menyucikan (memuji) sesiapa yang Dia kehendaki ; dan mereka pula tidak dizalimi walau sedikitpun.
(Quran ; Surah An-Nisa : ayat 49)

Friday, January 15, 2016

Kesilapan Terbesar Umat Islam Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau mengadili manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu, dan janganlah engkau menjadi pembela orang-orang yang khianat.
(Quran ; Surah Al-Nisa : ayat 105)

Allah tidak segan untuk berterus-terang dalam menegur dan menunjukkan kesalahan hamba-hambaNya. Berkali-kali disuruhNya diri untuk menegur orang-orang tertentu yang mana diri langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang teguran tersebut, hanya menurut perintahNya sahaja. Seperti biasa, ditegurNya melalui ayat-ayat Al-Quran.

Berbeza-beza penerimaan yang diterima. Ada yang bersyukur ditegur secara langsung oleh Allah lantas membuat pembaikan dan penambahbaikan. Ada yang mengabaikan teguran tersebut. Ada yang memberontak, pantang ditegur. Ada yang menganggap tidak mungkin Allah murka kepadanya kerana dia sentiasa beribadat. Ada yang degil dengan ayat-ayat Al-Quran yang diberi hanya mereka tidak dapat menghayatinya. Ada yang gemar memanipulasi kebenaran. Ada yang bercakap di belakang, menabur fitnah, dan mengira diri tidak tahu, padahal sudah didedahkan Allah tentang perbuatan mereka. Terserah. Kerana yang menegur itu adalah Allah. Diri hanya menyampaikannya sahaja.

Sebelum diri terlupa, ingin diri sampaikan pesan Allah kepada Munafik yang sedang membaca halaman ini. Sebelum ini sudah Allah dedahkan siapakah Munafik yang berada di sekeliling diri dan tipu daya yang mereka lakukan. Terbaru, Allah mengkhabarkan rupanya banyak lagi Munafik Melayu di luar sana yang tidak diri kenali tetapi Allah lah yang Maha Mengetahui. Tidak usah kalian berpura-pura. Allah Maha Mengetahui segala perbuatan buruk yang sudah dan sedang kamu lakukan dan mengkhabarkan tempat tinggal kamu adalah selama-lamanya di dalam Neraka.

Diri mula sedar perbezaan ketara di antara apa yang paling diutamakan oleh Allah dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di negara kita. Begitu jelas corak teguranNya.

Sebagai contoh, setelah berbulan-bulan diri tidak sengaja melakukan ibadah solat sunat selepas menunaikan solat fardhu subuh kerana kekeliruan menyangka jika masuk waktu syuruk barulah diharamkan untuk solat, barulah ditunjuk kesalahan tersebut oleh Allah. Diri bertanya kepadaNya, "Mengapa Allah lambat tunjukkan kesalahan tersebut, diri tidak mahu melakukan apa-apa yang mengundang kemurkaan Allah." Lantas dijawabNya, "Aku tidak murka. Jika tidak sengaja, itu bukan satu dosa."


Rasulullah SAW bersabda :
" Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku ini ketidaksengajaan, kelupaan, dan apa yang dipaksakan kepada mereka. " 

(Hadits Shahih, HR Ibnu Majah)

Tetapi untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak, cepat sekali Allah menunjukkan kesalahan mereka. DitunjukkanNya ayat yang mempunyai perkataan kezaliman. Diri mula sedar rupanya kebanyakan umat Islam di negara kita telah melakukan kesilapan terbesar dalam agama yang jika tidak dibetulkan, pasti ianya akan terus berkekalan.

Jika kalian perhatikan dengan teliti, pertanyaan-pertanyaan yang kerap diajukan kepada penceramah agama  tanah air kurang memberi penekanan tentang hal tersebut. Sedangkan yang paling ditekankan Allah (selain dosa-dosa besar) adalah soal hubungan sesama manusia (ikatan silaturrahim) dan apa yang ada di dalam hati kalian. Kebanyakan kalian memandang remeh dua perkara ini sedangkan Allah memandang serius perkara tersebut.

Tuesday, January 12, 2016

Ancaman Allah Kepada Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian hidup seolah-olah Malaysia milik mutlak kalian dan seperti kalianlah pewaris kekal negara ini. Allah mendedahkan kepada diri yang kepimpinan negara kalian hiasi dengan Mudahanah. Kalian mengorbankan agama untuk urusan dunia. Apabila agama dipermainkan, sudah pasti mengundang kemurkaan Pencipta.

Sekiranya negara diancam oleh kerajaan negara lain, sudah pasti pelbagai persediaan bakal dilakukan, segala aset negara akan dikerahkan untuk melindungi negara tercinta. Tetapi bagaimana pula apabila ancaman itu datang dari Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, Penguasa seluruh alam, Pemilik sebenar tanah yang sedang kalian duduki sekarang?

Sebilangan kalian juga seperti menanti-nanti kedatangan bencana (azab) Allah lantas mendapat perlian dariNya. Persediaan kalian lakukan dengan penuh teliti. Peringatan Allah kalian tolak ke tepi. Sedangkan yang paling utama adalah mengajak manusia kembali bertaqwa, rujuk semula kepada Allah seraya meredakan kemurkaanNya. Bukannya sibuk mengutamakan urusan dunia.

(Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan Malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka), atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka). Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan); dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah An-Nahl : ayat 33)

Allah telah mengkhabarkan kepada diri ini bahawa Dia mendatangkan azab di Mekah beberapa bulan yang lepas kerana penduduknya yang lalai dan banjir besar yang telah melanda negeri Kelantan hanyalah amaranNya sahaja. Amaran sahaja sudah begitu rupa, bagaimanakah pula dengan azabNya? Azab Allah adalah sesuatu yang tidak dijangka, waktunya sudah ditetapkan di Lauh Mahfuz. Kenang kembali kejadian Tsunami yang pernah berlaku di Acheh. Malaysia semakin teruk pada pandangan Allah. Berkali-kali Allah menegur Malaysia menerusi bencana yang menimpa negara kita. Allah takkan teragak-agak untuk menimpakan kepada kita bencana seperti keadaan kaum-kaum terdahulu, padahal Allah tidak mahu berbuat zalim kepada hamba-hambaNya, sedang kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Sesungguhnya semua itu adalah sebagai peringatan bagi sesiapa yang mempunyai hati.
(Quran ; Surah Qaf : ayat 37)

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus seorang Rasul di ibu negeri itu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya melakukan kezaliman.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 59)

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh, Aad, Thamud, kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya lalu Tuhan membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah At-Tawbah : ayat 70)

Dan berapa banyak kota yang Aku tangguhkan (azabKu) kepadanya, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku azab mereka; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembalinya segala sesuatu.
(Quran ; Surah Al-Haj : ayat 48)

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang berbuat dosa.
(Quran ; Surah Yunus : ayat 13)

Maka orang yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu, bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut) : Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 45)

Dan mereka meminta kepadamu agar segera diturunkan azab. Kalau bukan kerana waktu yang telah ditetapkan, nescaya datang azab itu kepada mereka dan (azab itu) pasti akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : ayat 53)

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya dan kelak kamu akan mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 67)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail