Kenali Penulis

Hamba ALLAH, Pendaki Mahligai Makrifat, Tentera ALLAH yang menyampaikan peringatan ALLAH dengan hak.

Demi ALLAH yang memegang jiwa ini, segala yang dibicarakan di sini hanya sekadar menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH sahaja.

Saturday, January 30, 2016

Jihad Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bangunlah tentera-tentera Maharaja
KepunyaanNya segala singgahsana
Kuatkan keyakinan kalian padaNya
Jangan kalian gentar dipijak dunia

Al-Quran menjadi senjata
Allah, para Malaikat, dan Rasulullah SAW bersama kita
Jihad Fisabilillah jalan utama
Tegakkan kembali KalimahNya

Sudah diserahkan segalanya kepada Pencipta
Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, LillahiRabbil a'lamin
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Dia
Sudah dijaminNya balasan dan perlindungan yang tidak terhingga
Cukup Allah sebagai Pembela

Para pencinta syahid, tentera-tentera Allah, para ulama
Bangkitlah kalian semua
Bersama berjuang dan terus mara
Agar Kalimah Allah kekal terpelihara

Takbir!
Allahu akbar 3x

Fahami Maksud Sebenar Jihad Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Di sini diri sertakan link yang menerangkan dengan lebih jelas apakah sebenarnya Jihad Fisabilillah. Dalam Islam, jihad tiada kaitan langsung dengan pengganas. Jangan tertipu dengan ISIS kerana sudah jelas yang ISIS bukanlah Islam. Allah melarang keras kezaliman dan keganasan. Baca dan fahami link di bawah agar kalian tidak tersalah erti.

Petikan daripada salah satu link tersebut :

Sahabat berkata kepada Rasulullah (Nabi Muhammad) SAW, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.
“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
"لتكون كلمة الله هي العليا " “Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Maksud Jihad Fisabilillah

Selain memerangi hawa nafsu dan memerangi tipu daya Syaitan seperti kelalaian, salah satu contoh Jihad Fisabilillah adalah memenuhi masjid pada setiap solat fardhu 5 waktu, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu. Perlu juga ada satu gerakan yang membetulkan semula akidah pelajar-pelajar sekolah. Percayalah, untuk generasi ini, dengan hanya subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah, itu belum cukup untuk menarik semula anak-anak kita yang sudah terlalu jauh terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar. Kukuhkan akar dahulu, kenalkan mereka dengan Allah, Rasul, dan Islam dengan sebenar-benar pengenalan.

Contoh yang lain adalah perjuangan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang terang-terangan adalah undang-undang Islam yang terbaik untuk kebaikan sekalian manusia. Namun masih ada di antara kalian yang masih mahu mempertikaikan tanpa usul periksa. 

Orang bukan Islam yang tidak mengenali Allah pun ada yang tertarik dengan Hukum Hudud, Mengapa masih ada orang Islam yang membantah keras pelaksanaan Hukum Hudud? 


Allah mahu kita semua bersatu.
Kemenangan tidak akan dicapai jika kalian masih berbeza-beza hala tuju.
Matlamat Jihad Fisabilillah hanyalah satu.
Jangan sesekali kalian keliru.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal soleh) serta bertaqwalah kamu kepadaNya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna, dan janganlah kamu tergolong dalam mana-mana golongan orang musyrik.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 31)

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 32)

Allah Perintahkan Jihad Fisabilillah Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Jalan hidup yang bagaimanakah sebenarnya yang kalian inginkan? Jauh sekali kalian dengan Allah sehingga kalian sudah tidak tahu membezakan yang mana satu dosa, yang mana satu pahala. Syaitan mengindahkan dunia di mata kalian sehingga jalan ke Neraka terasa indah bagaikan di Syurga. Malaysia sudah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Terlalu banyak pendosa yang lupa mereka bakal kembali kepada Tuhan. Sedarlah kalian, Malaysia sudah berada di ambang kehancuran. Buka mata, lihat generasi muda di negara kita. Banyak di antara kalian yang menjadikan laman-laman sosial ibarat taman-taman Neraka. Gigihnya Syaitan memperelokkan dunia di mata kalian sehingga kalian lalai sebegitu rupa.

Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan kita semua berjuang menegakkan agamaNya. Tempoh hari diri mendengar ceramah di radio Ikim FM dan amat penting untuk diri kongsikan di sini.

Allah membahagikan kita semua kepada 3 golongan :
# Golongan yang berjihad di jalan Allah (menegakkan amar makruf, nahi mungkar)
# Golongan yang mendustakan, engkar
# Golongan yang berdiam diri walaupun tahu kebenaran

Golongan pertama dan kedua Allah sebut di dalam Al-Quran. Tetapi tidak bagi golongan ketiga. Menjadi simbol kehinaan apabila Allah tidak menyebut kesudahan orang yang tidak mencegah di dalam Al-Quran. Hati-hati apabila Allah sudah menghina.

Allah sudah tahu natijah yang bakal diterima oleh penegak kalimahNya. Allah cuma mahu melihat usaha kita sahaja. Apa benarkah pengakuan kita sebagai hambaNya. Juga Allah ingin bukti kukuh perlakuan orang yang engkar dan mendustakanNya

Kamu diwajibkan berperang (berjihad) sedang berperang (berjihad) itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk untuk kamu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 216)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 104)

Maka sepatutnya di antara umat yang telah dibinasakan dahulu, ada orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari (mengerjakan) perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik-beratkan segala nikmat kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
(Quran ; Surah Hud : ayat 116)

Allah, para Malaikat, dan Rasulullah SAW sentiasa bersama kita semua. Diri pernah didatangi Baginda Rasulullah SAW di antara mimpi dan jaga, dan diri amat yakin Baginda SAW sentiasa mengikuti perkembangan kita. Baginda SAW pasti mahu melihat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu. Diingatkan, senjata kita adalah Al-Quran dan musuh utama kita adalah Syaitan. 

Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (Syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 5)

Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana Syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 6)

Ketahuilah, beberapa kali Syaitan cuba menggagalkan usaha diri untuk menyiapkan blog ini dan Alhamdulillah Allah sentiasa melindungi, dihantarNya para Malaikat untuk memerangi. Turut bersama diri, penegak-penegak agama Allah yang turut sama membantu dalam menyebarkan peringatan-peringatanNya. Salah seorang daripada mereka juga turut diganggu Syaitan laknatullah pada waktu yang sama dengan diri. Berita tentang Jihad Fisabilillah ini telah sampai kepada puak-puak Syaitan dan percayalah, mereka tidak akan duduk diam begitu sahaja. Syaitan sudah terlalu lama bermaharajalela di negara kita. Kebanyakan kalian sudah begitu lalai dengan dunia. Sanggupkah kalian membiarkan puak Syaitan itu semakin berleluasa, sekaligus menarik sebanyak yang mungkin saudara seagama kita ke Neraka?

Dan ketika Syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan buruk mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing melihat (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras azab seksaNya".
(Quran ; Surah Al-Anfal : ayat 48)

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 5)

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : 69)

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(Quran ; Surah As-Saf : ayat 4)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sudah merasa amankah kamu, bahawa Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika dengan tiba-tiba ia bergoncang?
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 16)

Atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu tidak akan mengirimkan badai (angin ribut) yang menghujani kamu dengan batu? Maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya akibat (mendustakan) peringatanKu.
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 17)

Dan sesungguhnya, orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (lalu mereka dibinasakan); Maka perhatikanlah bagaimana hebatnya kemurkaanKu!
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 18)

Demi Allah, Malaysia akan ditimpa dengan azab tersebut dan kalian tidak dapat melepaskan diri darinya. Demi Allah, Allah murka dengan kebanyakan kalian. Demi Allah, Allah mengatakan beberapa golongan dari kalian sombong angkuh, melalaikan kewajipan yang diperintahkanNya kepada kalian. Demi Allah, Allah mengkhabarkan bencana yang dialami di beberapan kawasan di negara kita dalam waktu terdekat ini hanyalah ujianNya untuk golongan yang fasik. Allah menjadi saksi antara diri dan kalian semua. Allah yang memegang jiwa ini dan tidak sesekali diri ini berdusta apatah lagi menggunakan nama Allah sewenang-wenangnya.

Dan sekiranya dia berdusta atas nama Kami dan mengadakan sebarang kata-kata rekaan,
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 44)

Pasti Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 45)

Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan pembuluh jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta);
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 46)

Maka tiada seorang pun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 47)

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 48)

Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 49)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu pasti akan menimbulkan penyesalan bagi orang Kafir (di akhirat kelak).
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 50)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 51)

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Maha Agung.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 52)

Diri paparkan soalan yang Allah tanyakan kepada kalian semua, wahai seluruh umat Islam di Malaysia. Hayati ayat di bawah.

Tanyakanlah kepada Bani Israil, berapa banyak tanda-tanda (kebenaran) yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? Dan barangsiapa menukar nikmat Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadanya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat keras azab seksaNya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 211)

Muhasabah diri.

Dan Allah telah membuat satu perumpamaan: Sebuah negeri (Malaysia) yang dahulunya aman damai dan tenteram, yang melimpah-ruah rezekinya dari setiap genap, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakan kepada mereka kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Quran ; Surah An-Nahl : ayat 112)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian seperti sangat yakin akhirnya kalian tetap juga akan ditempatkan di Syurga. Kalian fikir cukup sekadar kalian beragama Islam, tidak perlu taat kepada perintah Allah, kelak jika kalian akan dimasukkan ke Neraka sekalipun, itu cuma sebentar cuma kerana akhirnya Allah akan memasukkan kalian ke Syurga kerana kalian beragama Islam. Hebatnya kalian mengambil alih tugas Tuhan dalam menentukan di manakah pengakhiran kalian. Golongan terlebih yakin ini mendapat perlian Allah di dalam Al-Quran. Perlu tadabbur dengan ayat-ayat di bawah.

Tidakkah kamu pelik memikirkan sikap orang-orang (beragama Islam) yang telah diberi bahagian, iaitu Al-Kitab (Al-Quran), mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu menetapkan hukum di antara mereka, kemudian sebahagian dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (kebenaran Kitab Allah itu).
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 23)

Hal itu adalah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung." Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka selalu ada-adakan.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 24)

Tugas diri hanyalah menyampaikan amanah Allah dengan jelas. Supaya kalian cepat bertaubat, kembali rujuk semula kepada Allah, tidak menyalahkan takdir jika ada yang ditimpa azab tersebut, dan tidak mencari alasan untuk menyelamatkan diri sewaktu Hari Perhitungan di akhirat kelak. Allah sudah mengkhabarkan azab yang akan diturunkan nanti sudah tertulis di Lauh Mahfuz, satu ketetapan yang tidak boleh diubah. Tiada doa yang dapat menghalangnya. Dakwat pena sudah kering. Allah Maha Mengetahui keengkaran hamba-hambaNya. Allah sekali-kali tidak menzalimi kita semua. Kita yang menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari. Allah hanya menurunkan azab kepada golongan yang engkar. Jika kalian beriman, termasuk dalam golongan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar, insya Allah kalian tergolong dalam golongan yang dilindungiNya.

(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 207)

Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri, melainkan setelah diutus kepadanya terlebih dahulu, orang yang memberi peringatan.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 208) 

Untuk memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 209)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum lagi nyata di sisi Allah orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang yang sabar?
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 142)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Pasti ada di antara kalian yang akan mengatakan semua peringatan di sini sekadar omongan kosong. Kalian terlalu selesa dengan kehidupan kalian di Malaysia. Masyarakatnya majmuk, beriklim khatulistiwa, aman damai. Kalian merasakan apalah sangat dengan taraf hidup yang semakin tinggi, peningkatan kadar jenayah di kawasan-kawasan tertentu, bencana alam hanya di waktu-waktu tertentu. Kalian langsung tidak menyedari betapa hak Allah sudah dicabuli hamba-hambaNya dan bencana alam tersebut hanyalah amaranNya sahaja.

Ingin diri tekankan, Allah mengancamkan azabNya di negara kita. Jika kalian menyangka tidak mungkin Allah menimpakan azab di Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, kalian silap besar. Benar, kebanyakan kita beragama Islam. Tapi kebanyakan kita juga ramai yang Fasik, Kafir setelah beriman, tidak mahu taat kepada perintah Allah. Pelbagai nikmat telah Allah berikan kepada umat Islam di Malaysia tetapi begitu ramai yang mendustakan nikmat tersebut. Gejala sosial semakin menjadi-jadi. Kelalaian ada di mana-mana. Islam hanya ada pada nama. Allah melaknat golongan yang Fasik, Kafir setelah beriman. Sungguh Tuhanku begitu murka.

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka mengakui bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) itu adalah benar, dan keterangan-keterangan pun telah sampai kepada mereka? Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 86) 

Mereka itu balasannya ialah mereka ditimpa laknat Allah, (demikian pula) laknat para malaikatNya dan seluruh manusia.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 87)

Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi penangguhan atau perhatian;
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 88) 

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki diri mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 89)

Tahukah kalian Allah sedang mengaitkan keadaan umat Islam di Malaysia dengan kaum-kaum terdahulu yang pernah menerima azab Allah? Tahukah kalian kaum Nabi Nuh yang Allah azab dahulu merupakan kaum yang Fasik? Tahukah kalian Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakan umat Islam di Malaysia juga tergolong dalam golongan yang Fasik?

Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang Fasik - derhaka.
(Quran ; Surah Adz-Dzaariyaat : ayat 46)

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (kebaikan) umat manusia, menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang Fasik.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 110)

Ayat-ayat di bawah adalah amaran dan ancaman Allah kepada kaum yang Fasik. 

Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu; dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata, sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah mengunci mata hati orang-orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 101)

Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka menepati janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka adalah orang-orang yang Fasik.
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 102)

Katakanlah: "Apa pandangan kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba atau terang-terangan, siapakah yang akan dibinasakan, selain dari orang yang zalim?"
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 47) 

Dan tidaklah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan, kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka mereka tidak perlu khuatir, dan mereka tidak akan berdukacita.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 48)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku Fasik.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 49)

Sunday, January 17, 2016

Islam Hanya Pada Lidah Atau Pada Hati?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Quran ; Surah Az-Zariyyat : ayat 56)

Diri kongsikan di sini sesuatu yang boleh mencelikkan mata dan membuka minda kalian semua. Video di bawah adalah mengenai dakwah yang dilakukan oleh Jin Islam yang memasuki tubuh seorang manusia. Dia hanya menyentuh tentang perkara asas dalam agama sahaja. Kelihatan remeh bagi kebanyakan kita, tetapi sebenarnya sangat berat pada pandangan Allah.



Antara isu yang disentuh :

  • Adakah kita beragama Islam hanya kerana faktor keturunan atau benar-benar dengan kehendak hati kita sendiri?
  • Manusia itu tidak sempurna, kesempurnaan hanyalah milik Allah.
  • Manusia itu tidak perlu digoda Jin dan Syaitan kerana sudah melencong sendiri.
  • Syaitan megah/bersenang-lenang/goyang kaki kerana manusia yang mencari Syaitan, bukannya Syaitan yang mencari manusia.
  • Kita mendirikan solat, tetapi adakah solat kita sudah sempurna?
  • Di awal permulaan solat iaitu ketika bacaan Doa Iftitah, kita akan mengungkapkan kalimah "Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi Rabbil a'lamiin" (Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan semesta alam). Tetapi cuba ada yang meminta harta dunia kita, adakah kita sanggup untuk melepaskannya? Jika masih mengutamakan hal dunia, bererti kita tidak mengutamakan Tuhan, padahal kita sudah berjanji melalui ayat tersebut.
  • Dakwah yang sebenar adalah melalui bicara dan tingkah laku yang baik.
  • Doa yang dimakbulkan Tuhan adalah doa orang yang teraniaya dan doa orang yang bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Jika manusia berhenti berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, doanya akan ditolak.
  • Jika manusia ingin selamat (dunia dan akhirat) dan dimakbulkan kesemua keinginannya, dekatilah Allah.
  • Jangan tinggalkan solat fardhu lima waktu.
  • Pelajari syahadah dengan benar, biar faham, jangan menjadi saksi palsu.
  • Benar-benar memahami makna surah di dalam Al-Quran. Jika tidak berdaya untuk memahami kesemuanya, fahami makna Surah Al-Fatihah pun tidak mengapa, itu lebih baik.
  • Alhamdulillahi Rabbil a'lamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam). Jika manusia ingin dipuji dan disanjung, itu masih belum menjadi hamba Tuhan kerana itu bererti manusia itu mempunyai sifat riak.
  • Pelajari Al-Quran jika ingin mengetahui rahsia alam semesta.

Tonton video untuk keterangan yang lebih jelas.

Di bawah ini pula video Jin Islam yang memasuki tubuh manusia diam menghormati azan sewaktu azan berkumandang dari masjid berdekatan. Setiap bait azan dihayati dengan sebenar-benar penghayatan. Itu baru azan. Belum masuk bab solat. 


Renung-renungkan.

Menyembunyikan Sedekah Atau Menampakkannya?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 264)

Jika kamu menzahirkan sedekahmu (supaya dicontohi orang lain), maka itu adalah baik sekali. Tetapi jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 271)

Kalian boleh buka link di bawah untuk penerangan yang lebih jelas. Cuma ingin diri nyatakan di sini, kadang kala menzahirkan (menampakkan) sedekah boleh membuatkan niat sebenar sedekah itu teralih. Sedekah sepatutnya mendidik hati supaya menjadi ikhlas, bukan sebaliknya. Redha yang perlu dicari dan diutamakan adalah redha Allah. Allah yang menyempitkan dan melapangkan rezeki kalian. Berbagai-bagai ganjaran sudah Allah tawarkan di dalam Al-Quran. Tidak yakinkah kalian dengan janji Tuhan?

Baca : 

Tiada Istilah Allah Belum Beri Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bayangkan kalian berada di satu persimpangan. Kalian perlu memilih antara laluan kanan atau laluan kiri. Jika Allah mendapati kalian tercari-cari jalan yang benar, akan didorongkanNya kalian supaya memilih laluan kanan. Jika tidak, sesatlah kalian dengan laluan kiri.

Hidayah pula ibarat satu laluan di sepanjang lereng bukit dengan gaung yang sangat curam di sebelahnya. Bayangkan kalian sebagai pemandu yang perlu melalui jalan tersebut. Selagi kalian berada di laluan yang betul, insya Allah kalian akan selamat tiba ke destinasi. Tetapi jika kalian sendiri yang tidak mahu mengikut laluan yang diberi, kalian lebih rela terjun gaung, apa kalian masih mahu menyalahkan Yang Maha Memberi?

Orang yang memberi alasan hidayah belum sampai atau Allah belum beri hidayah kepadanya adalah orang yang berbuat dusta kepada Allah.

...tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui siapakah yang MAHU mendapat hidayah petunjuk.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 56)

Amaran Allah Untuk Orang Yang Engkar

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Ketahuilah kalian, kemurkaan Allah itu lebih besar dari azab seksaNya. Kembali bertaubat kepadaNya sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan sememangnya manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
(Quran ; Surah Al-Kahfi : ayat 54)

(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). Sangat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci hati setiap orang yang sombong takbur dan memperlakukan sesuka hati mereka.
(Quran ; Surah Ghaafir : ayat 35)

Orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan, lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 25)

Maka Allah menimpakan kepada mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan).
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 26)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Inilah orang-orang yang berbuat dusta terhadap Tuhan mereka". Ingatlah! Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.
(Quran ; Surah Hud : ayat 18)

(Iaitu) orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat; 
(Quran ; Surah Hud : ayat 19)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa disebabkan mereka berlaku fasik.
(Quran ; Surah Al-An'aam : ayat 49)

Khabar Gembira Untuk Orang Beriman

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Terlalu banyak janji-janji Allah untuk kalian. Ini baru sebahagian kecil daripadanya. Tuhanku Maha Penyantun. Allah sering menggambarkan keindahan Syurga yang bakal kalian terima. Sedangkan satu-satunya ganjaran yang tidak terhitung nikmatnya adalah menatap wajahNya di Syurga.

Dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 17)

(Iaitu) mereka yang mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka mengikut apa yang paling baik di antaranya (dari segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 18)

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 33)

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 34)

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 35)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail