Sunday, January 10, 2016

Agamawan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Agamawan adalah pendukung agama Allah. Antaranya adalah para ulama, pendakwah, mufti, ustaz, ustazah, dan lain-lain jika ada yang tidak disebut di sini. Ingin diri ingatkan kepada kalian, banyaknya ilmu agama yang ada pada kalian bukanlah kayu ukur ketaqwaan kalian kepada Allah. Sebaliknya Allah memandang apa yang ada di dalam hati kalian. Redha atau tidak Allah kepada kalian bergantung kepada itu. Ilmu tanpa amal tidak ada ertinya bagi Yang Maha Mengetahui. Sentiasa bermuhasabah diri supaya kalian sentiasa terhindar dari sebarang unsur perosak hati.

Terdapat beberapa agamawan negara yang kerap kali ditunjuk oleh Allah. Apabila Tuhanku sering memperdengarkan ceramah mereka, itu tandanya Dia membangga-banggakan pendukung agamaNya. Sungguh diri mengagumi.

Namun ada juga yang Allah tunjukkan kesilapan beberapa orang dari mereka kepada diri, salah satu daripadanya adalah mentafsir firman Allah dari Hadith Qudsi menurut pandangan mereka dengan yakin sedangkan bukan itu yang dimaksudkan oleh Allah. Paling utama, sentiasa jaga tutur kata kalian kerana setiap bait mungkin kelihatan remeh pada pandangan manusia tetapi amat berat pada pandanganNya.

Sentiasa rujuk kembali kepada Allah, sentiasa bertaubat dengan sebenar-benar taubat, dan perbaiki amalan kalian, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Bersatulah kerana Allah wahai agamawan negara sekalian, dalam mengembalikan semula ajaran Islam yang sebenar ke negara kita.

Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Quran ; Al-Maidah : ayat 65)

Dan jika mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat, Injil, dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
(Quran ; Al-Maidah : ayat 66)

Katakanlah : "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira menegakkan sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (membenarkan Nabi Muhammad SAW) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan (diilhamkan ayat-ayat peringatan Al-Quran) kepadamu dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
(Quran ; Al-Maidah : ayat 68)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail