Thursday, January 7, 2016

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Diri ini bukanlah maksum. Diri hanya insan biasa, masih tersisa dengan kotoran dunia. Alhamdulillah Tuhan yang sentiasa menemani tidak pernah jemu dalam membetulkan kesalahan diri, membimbing, dan menegur setiap kesilapan yang diri lakukan. Apabila Tuhan sendiri yang menegur dan menunjuk kesalahan, perasaan itu berbeza sekali dengan perasaan apabila manusia yang memberi teguran. Ketahuilah, Allah sentiasa menegur kalian dan menghantar pelbagai peringatan dan amaran melalui bencana yang negara kita alami pada setiap tahun. Malangnya masih ramai yang tidak sedar dan hanyut dengan angan-angan dunia yang tidak berkesudahan. Kepada semua pendosa termasuk diri ini, sama-sama kita renungkan.

  • Pernahkah kita tinggalkan sebentar urusan duniawi untuk bermuhasabah diri?
  • Pernahkah kita terfikir tujuan utama kita dihantar ke dunia ini?
  • Pernahkah kita terfikir kita akan dihadapkan di hadapan Tuhan di Hari Penghakiman nanti?
  • Pernahkah kita terfikir tentang Tuhan yang sentiasa memerhati?
  • Pernahkah kita terfikir tentang kehidupan selepas mati?
  • Pernahkah kita terfikir apa benarkah kita mengaku dua kalimah syahadah, La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah dengan hati?

Lihatlah kalian kepada alam sekeliling. Kalian tahu Penciptanya adalah Allah, Tuhan sekalian alam. Fikir sedalam-dalamnya. Adakah yang mengaku itu adalah lidah atau pun hati kalian? Dapatkah kalian merasai getaran yang cukup hebat yang semuanya adalah ciptaan Allah setiap kali kalian melontarkan pandangan?

Adakah kalian redha Allah sebagai Tuhan kalian dan Islam sebagai agama kalian?

Dan yang paling utama, adakah Allah redha Dia adalah Tuhan kalian dan Islam sebagai agama kalian?

Tepuk dada, tanya iman. 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail