Saturday, January 30, 2016

Fahami Maksud Sebenar Jihad Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Di sini diri sertakan link yang menerangkan dengan lebih jelas apakah sebenarnya Jihad Fisabilillah. Dalam Islam, jihad tiada kaitan langsung dengan pengganas. Jangan tertipu dengan ISIS kerana sudah jelas yang ISIS bukanlah Islam. Allah melarang keras kezaliman dan keganasan. Baca dan fahami link di bawah agar kalian tidak tersalah erti.

Petikan daripada salah satu link tersebut :

Sahabat berkata kepada Rasulullah (Nabi Muhammad) SAW, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.
“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
"لتكون كلمة الله هي العليا " “Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Maksud Jihad Fisabilillah

Selain memerangi hawa nafsu dan memerangi tipu daya Syaitan seperti kelalaian, salah satu contoh Jihad Fisabilillah adalah memenuhi masjid pada setiap solat fardhu 5 waktu, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu. Perlu juga ada satu gerakan yang membetulkan semula akidah pelajar-pelajar sekolah. Percayalah, untuk generasi ini, dengan hanya subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah, itu belum cukup untuk menarik semula anak-anak kita yang sudah terlalu jauh terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar. Kukuhkan akar dahulu, kenalkan mereka dengan Allah, Rasul, dan Islam dengan sebenar-benar pengenalan.

Contoh yang lain adalah perjuangan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang terang-terangan adalah undang-undang Islam yang terbaik untuk kebaikan sekalian manusia. Namun masih ada di antara kalian yang masih mahu mempertikaikan tanpa usul periksa. 

Orang bukan Islam yang tidak mengenali Allah pun ada yang tertarik dengan Hukum Hudud, Mengapa masih ada orang Islam yang membantah keras pelaksanaan Hukum Hudud? 


Allah mahu kita semua bersatu.
Kemenangan tidak akan dicapai jika kalian masih berbeza-beza hala tuju.
Matlamat Jihad Fisabilillah hanyalah satu.
Jangan sesekali kalian keliru.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal soleh) serta bertaqwalah kamu kepadaNya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna, dan janganlah kamu tergolong dalam mana-mana golongan orang musyrik.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 31)

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 32)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail