Sunday, January 17, 2016

Islam Hanya Pada Lidah Atau Pada Hati?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Quran ; Surah Az-Zariyyat : ayat 56)

Diri kongsikan di sini sesuatu yang boleh mencelikkan mata dan membuka minda kalian semua. Video di bawah adalah mengenai dakwah yang dilakukan oleh Jin Islam yang memasuki tubuh seorang manusia. Dia hanya menyentuh tentang perkara asas dalam agama sahaja. Kelihatan remeh bagi kebanyakan kita, tetapi sebenarnya sangat berat pada pandangan Allah.



Antara isu yang disentuh :

  • Adakah kita beragama Islam hanya kerana faktor keturunan atau benar-benar dengan kehendak hati kita sendiri?
  • Manusia itu tidak sempurna, kesempurnaan hanyalah milik Allah.
  • Manusia itu tidak perlu digoda Jin dan Syaitan kerana sudah melencong sendiri.
  • Syaitan megah/bersenang-lenang/goyang kaki kerana manusia yang mencari Syaitan, bukannya Syaitan yang mencari manusia.
  • Kita mendirikan solat, tetapi adakah solat kita sudah sempurna?
  • Di awal permulaan solat iaitu ketika bacaan Doa Iftitah, kita akan mengungkapkan kalimah "Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi Rabbil a'lamiin" (Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan semesta alam). Tetapi cuba ada yang meminta harta dunia kita, adakah kita sanggup untuk melepaskannya? Jika masih mengutamakan hal dunia, bererti kita tidak mengutamakan Tuhan, padahal kita sudah berjanji melalui ayat tersebut.
  • Dakwah yang sebenar adalah melalui bicara dan tingkah laku yang baik.
  • Doa yang dimakbulkan Tuhan adalah doa orang yang teraniaya dan doa orang yang bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Jika manusia berhenti berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, doanya akan ditolak.
  • Jika manusia ingin selamat (dunia dan akhirat) dan dimakbulkan kesemua keinginannya, dekatilah Allah.
  • Jangan tinggalkan solat fardhu lima waktu.
  • Pelajari syahadah dengan benar, biar faham, jangan menjadi saksi palsu.
  • Benar-benar memahami makna surah di dalam Al-Quran. Jika tidak berdaya untuk memahami kesemuanya, fahami makna Surah Al-Fatihah pun tidak mengapa, itu lebih baik.
  • Alhamdulillahi Rabbil a'lamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam). Jika manusia ingin dipuji dan disanjung, itu masih belum menjadi hamba Tuhan kerana itu bererti manusia itu mempunyai sifat riak.
  • Pelajari Al-Quran jika ingin mengetahui rahsia alam semesta.

Tonton video untuk keterangan yang lebih jelas.

Di bawah ini pula video Jin Islam yang memasuki tubuh manusia diam menghormati azan sewaktu azan berkumandang dari masjid berdekatan. Setiap bait azan dihayati dengan sebenar-benar penghayatan. Itu baru azan. Belum masuk bab solat. 


Renung-renungkan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail